Monday, 28 November 2011

2011:)

Tahun ini merupakan tahun pertama kami sebagai ahli 1 Dinamik,namun begitu byk kenangan drpd homeroom ini yang tidak akan kami lupakan,sejak drpd hari pertama kami mengenali satu sama lain,pada 10 Januari 2011.Tarikh inilah yang telah menemukan kami di dalam kelas 402 bersama-sama ibu bapa untuk sesi pengenalan diri,dan pada tarikh ini jugalah kami telah menjadi salah seorang pelajar MRSM Gemencheh,Negeri Sembilan,.Kemudian,kami menjalani pula minggu aktiviti ataupun  lebih dikenali dengan panggilan MISRA.Program ini telah mengeratkan lagi silaturrahim kami dan kami dapat mengenali diri masing-masing dengan lebih lanjut.Setelah berakhirnya,minggu MISRA,bermulalah pula pembelajaran asas tingkatan 1,KAT 1.Banyak pembelajaran baru yang kami perolehi dalam KAT 1 ini,seperti Mrain Gym,Mind Mapping,KAK,KAM,KAS dan macam-macam lagi.Di akhir program ini,pihak MARA telah mengadakan satu pertandingan yang disertai oleh seluruh MRSM di Malaysia.Dua orang ahli Dinamik,Rufaidah dan Abu Zafar telah berjaya menyertai pertandingan tersebut dengan memegang gelaran sebagai 'olimpiat'.Hasil daripada usaha keras mereka,akhirnya,MRSM Gemencheh merangkul tempat yang pertama antara MRSM-MRSM yang lain.Setelah itu,kami memulakan sesi pembelajaran seperti biasa,namun begitu perjumpaan homeroom tetep diadakan dua minggu sekali dan ahli-ahli Dinamik pula bergiat aktif dalam kokorikulum seperti silat gayung,robotik,taekwando,Spell It Right dan lain-lain.Kami berasa amat gembira dengan pencapai homeroom kami satakat ini dan berusaha untuk mengorak langkah ke hadapan dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa yang akan datang,,,,

No comments :

Post a Comment

this blog is fully managed by DINAMIK DYNATION 11/13 MEMBERS :D