
Saturday, 17 March 2012
Cuti Dah Habis !
assalamualaikum.. hari ni, hari ahad hari last kitorg sume kat umah. ari ni kene balik maktab dah. kitorg semua akan jumpa balik pada malam ni, sbb prep selalunya. -,- esok sama ada BETA atau ALFA. k, see u guys later. ^_^.
wassalam..

Friday, 16 March 2012
selamat hari jadi !!
assalamualaikum kepada semua. :D
hari ini, merupakan hari jadi kepada abi kami semua yang tercinta, Ustaz Sholiheen -penyelaras UA-. semoga sentiasa diredai Allah. :)
carta organisasi
assalamualaikum diucapkan. :) setelah sekian lama x post benda yg berkaitan dgn hroom, ni nak post psl carta organisasi kitorg yg pada dulunya agaklah x betul. maka pada tarikh -berapa tah, x ingat- , kitorg dh lantik semua jawatan Majlis Tertinggi dengan adanya cikgu Umi a.k.a. Mama Umi. jadi, ini lah mereka2 yang bertanggungjawab tu.
PRESIDEN : Muhammad Faris Hakimi b. Ahmad Fauzi
TIMB. PRESIDEN : Haziqah Fadhlina bt. Md Hussain
S/U 1 : Farhana Iylia Fatinee bt. Mohd Yusree
S/U 2 : Nurul Afiqah bt. Hamzah
BENDAHARI : Muhammad Faiq Zahin b. Aris.
*segala kesalahan ejaan akan diperbetulkan pada masa akan datang :D
teacher ada cakap, benda ni akan kekal sampai bile2. jadi, jgn le menyesal di kemudian hari =='
PRESIDEN : Muhammad Faris Hakimi b. Ahmad Fauzi
TIMB. PRESIDEN : Haziqah Fadhlina bt. Md Hussain
S/U 1 : Farhana Iylia Fatinee bt. Mohd Yusree
S/U 2 : Nurul Afiqah bt. Hamzah
BENDAHARI : Muhammad Faiq Zahin b. Aris.
*segala kesalahan ejaan akan diperbetulkan pada masa akan datang :D
teacher ada cakap, benda ni akan kekal sampai bile2. jadi, jgn le menyesal di kemudian hari =='
Saturday, 10 March 2012
usrah buat remaja....
Buat Remaja :
"Sekali kita melangkah ke alam percintaan, sepuluh kali kita mundur dalam pelajaran dan beribu kali DIA, kita lupakan.."
Buat Manusia :
"Sesaat yang berlalu takkan kembali tetapi ia tetap akan diperhitungkan.."
Buat Hamba :
"Mati itu pasti, hidup tak pasti lagi.."
"Sekali kita melangkah ke alam percintaan, sepuluh kali kita mundur dalam pelajaran dan beribu kali DIA, kita lupakan.."
Buat Manusia :
"Sesaat yang berlalu takkan kembali tetapi ia tetap akan diperhitungkan.."
Buat Hamba :
"Mati itu pasti, hidup tak pasti lagi.."
betulkan apa yang salah bukan salahkan apa yang betul!!!
1. Saya ingin tegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa saya tidak memuji apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat. (Beliau lebih memilih perkataan 'tidak memuji' berbanding meletakkan 'hukum' samada 'haram' atau 'makruh' dsb boleh jadi kerana beliau meraikan pendapat orang yang pelbagai terhadap maksud 'bercinta'.)
2. Ramai orang yang memulai cara bercinta ini dengan cara yang tidak benar dan adil, seperti ber “couple” melalui percakapan telefon dengan pembicaraan yang tidak jelas dan seringkali dilakukan oleh anak muda tidak kira waktu. (cnth, belajar,perbincangan dll)
3. ber”couple” melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh sebahagian remaja PUTERI (remaja lelaki tidak terkecuali) dan ini biasanya sering terjadi dalam sekolah,kelas mahupun keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri.
4. Awalnya memang CUBA-CUBA tapi kemudian ketagihan. Awalnya bergurau tapi akhirnya serius. Awalnya mahu BERHENTI akhirnya “alah, nanti-natilah. Kalau aku sunyi nak cakap dengan siapa?”
5. Banyak situasi seperti ini dilihat kepada hal-hal yang tidak terpuji. Apatah lagi apabila dilakukan di tempat-tempat gelap, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan. Pabila ada orang kedua pasti ada orang ketiga.
6. Dalam keadaan seperti ini, remaja putera dan remaja puteri boleh terjerumus dalam kesalahan dan kenistaan,walaupun hal pembelajaran sekalipun. Sebab keduanya bukanlah malaikat yang suci, dan juga bukan para Nabi yang maksum.
7. Lebih dari itu, kadang-kadang “couple” dilakukan oleh dua pihak yang tidak serasi dalam status sosial dan pendidikannya, sehingga keduanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalangnya tanpa berakhir dengan pernikahan. Dalam keadaan seperti ini, hati akan hancur berkeping-keping dan jiwa tertekan. Boleh jadi menyalahkan orang lain atas sebab kekecewaan tersebut.
8. Saya melihat cara terbaik untuk menikah adalah cara yang dilakukan oleh masyarakat Muslim Arab sebelum Barat memerangi kita. Iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik keperibadian calon masing-masing.
10. Jika sudah merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani (gentlemen) datang mengetuk pintu rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Bukan menggunakan cara yang salah untuk bercinta!
12. Keluarga atau walinya hendaklah mengamatinya dengan baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Nabi, “Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling menyintai kecuali pernikahan.” (HR Ibnu Majah dan al-Hakim). Atau nikah adalah cara yang paling tepat untuk mengatasi hubungan cinta kasih ini, yang berhujung pada asmara dan kerinduan antara hati lelaki dan perempuan.
3. Yang paling diperhatikan dalam Islam dari pihak suami atau orang yang melamarnya adalah agama dan akhlak, bukan watak fizikal hensem ataupun cantik kerana itu hanyalah pinjaman kita dari-Nya di dunia ini semata-mata dan ketiga-tiganya merupakan faktor terpenting dalam keperibadian seseorang muslimah. (Fatawa Mua’sirah, ibid, juz. 2, hal. 348-349).
14. Janganlah jadi orang yang berlagak pandai dalam urusan rumah tangga lebih-lebih lagi ketika di bawah umur. Kalau dah pandai sangat, hah! Jagalah anak bini haram anda! Sebelum kita fikirkan hal rumah tangga, tak sabar sangat nak ber “couple” kita renung-renungkan solat cukup ataupun tidak, tinggi ke tidak iman kita, sanggup ke kita , sudah bersedia ke kita menampung dosa-dosa anak bini? Amar ma’ruf nahi munkar….
Wahai saudara-saudariku semua, tahukah kamu ber “couple” itu adalah haram di sisi islam, agama yang membawa kepada keamanan, bertaubatlah! Berhentilah! Sesungguhnya mencintai ALLAH adalah segalanya, manusia hanyalah sementara. Lebih-lebih lagi apabila kamu bercintan-cintun di usia muda. Mencintai seseorang adalah haram jika kamu tidak mengahwininya. Fikirlah semasak-masaknya wahai saudara saudariku, cintakan bunga akan layu cintakan manusia akan mati cintakan ALLAH kekal abadi. Kamu tidak patut berbangga dengan bilangan muslimin dan muslimat yang telah kamu permainkan ataupun kamu cintai setulus hati. Fikirkanlah apa pandangan ALLAH terhadap apa yang kamu lakukan.
KEGAGALAN SEBENAR IALAH APABILA ANDA BERHENTI MENCUBA…
1. KEGAGALAN BUKAN BERMAKNA SAYA TELAH GAGAL: IA BERMAKNA SAYA BELUM BERJAYA.
2. KEGAGALN BUKAN BERMAKNA SAYA TIDAK MENCAPAI APA-APA: IA BERMAKNA SAYA TELAH PELAJARI BANYA PERKARA.
3. KEGAGALAN BUKAN BERMAKNA SAYA TELAH DI PERBODOHKAN: IA BERMAKNA SAYA ADA KEYAKINAN KUAT UNTUK MENCUBA SESUATU YANG BARU.
4. KEGAGALAN BUKAN BERMAKNA SAYA TELAH DIAIBKAN: IA BERMAKNA SAYA SAYA BERANI MENEROKA SESUATU YANG BARU.
5. KEGAGALAN BUKAN BERMAKNA SAYA TIDAK MENDAPAT APA-APA KEJAYAAN: IA BERMAKNA KINI SAYA PERLU LAKUKAN SESUATU DENGAN CARA LAIN.
6. KEGAGALAN BUKAN BERMAKNA MARTABAT SAYA TELAH TERCEMAR: IA BERMAKSA SAYA BUKANLAH SEMPURNA.
7. KEGAGALAN BERMAKNA SAYATELAH MEMBAZIR HIDUP SAYA: IA BERMAKNA SAYA ADA ALASAN UNTUL MEMULAKAN HIDUP BARU.
8. KEGAGALAN BUKAN BERMAKNA SAYA PERLU MENYERAH KALAH: IA BERMAKNA SAYA MESTI BERUSAHA LEBIH KUAT LAGI.
9. KEGAGALAN BUKAN BERMAKNA SAYA TIDAK MUNGKIN AKAN BERJAYA: IA BERMAKNA SAYA PERLU BANYAK BERSABAR.
ORANG YANG TIDAK PERNAH GAGAL ADALAH MEREKA YANG TIDAK PERNAH BERBUAT APA-APA.
Jika anak kita hidup dalam toleransi,
Mereka akan belajar menjadi penyabar.
Jika anak kita hidup dengan sanjungan,
Mereka akan belajar menghargai.
Jika anak kita hidup dengan saksama,
Mereka akan belajar menjadi adil.
Jika anak kita hidup dengan kesejahteraan,
Mereka akan hidup menjadi setia.
Jika anak kita hidup dengan kebenaran,
Mereka akan belajar menghargai diri.
Jika nak kita hidup dengan persahabatan,
Mereka akan belajar kasih sayang.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)