Friday, 19 December 2014

part 2.

bismillah.

maka izinkan aku berkongsi mengenai mereka perempuan yang berenam ini *ini adalah mengikut susunan dalam senarai nama ya, cuma di sini ditulis menggunakan nama panggilan ;

1. Farhana

paling lady-like antara semua. ketawa dia semua kenal. kalau nak suruh lukis benda yang cute segala pass kat dia. suka gak kumpul sharpie tapi rasanya ramai sangat yg meminjam sampai mcm berkurang je drpd pencil case dia ((minta maaf)) ha meja dia penuh dengan quotes etc

2. Haziqah 

haziqah, hm paling terer subjek agama. mak dia mudir. dia selalu jadi pendamai bila ada perang. plus dia ni kuat ( taekwondo + silat ). boleh kata antara enam enam ni, dia paling berani bab-bab antooo ni. member terobek gak ni. 

3. Farah 

yang paling tinggi ni lah dia; farah azwani. dia je la paling pandai main basket antara semua ((vp kelab)) specky. defensive. cool, tapi sekali kena mood krakatoa - percayalah, semua memang tak berani bersuara, melainkan special case tu. weh dia ni pandai addmath plus rajin gila study kalau datang bilik dia mesti pegang buku. 

4. Afiqah

afiqah paling dikenali disebabkan oleh suara dia. nampak pemalu tapi sebenarnya peramah. talkative gak ni. senang je nak tau bila dia tak ok. jangan lupa jugak, dia ni cepat bena sayang dengan budak. rapat dengan junior lah senangnya. member terobek.

5. Rabi'atul

paling talkative antara semua. ni betul peramah tak bertempat. dia senang luahkan rasa tak puas hati dia, a good thing i think. berani nya makcik ni kalah semua orang. puitis orangnya. ohh dia ni pun rapat gila sayang dengan adik- adik dia. kakak yang baik gituu. 

6. 'Aqielah

dia dah duduk sebelah haziqah 4 tahun ((rekod)). *dah taktau nak tulis apa*


lastly ;


gahh i dont have any cheesy sweet lines in my mind currently. 
we shall end this with kafaratul majlis and surah al-asr. 

Sunday, 14 December 2014

rant on SPM year




"Yesterday we were form 1, tomorrow we're form 5"

Memandangkan tahun depan dah form 5, ada satu je perkara dalam otak, which is SPM.

I can describe the SPM year in a few words, which is:

Less sleep, less holiday, less goofing, more pressure, more stay up, more homework, more work, more memorising, busier as always, etc.


Aku harap benda kat atas ni semua salah. ^.^V


Usaha tetap usaha waima SPM bukan segalanya.

paling penting, don't believe the 'study smart, not hard' thing.
We have to study smart AND hard..


Hubungan dengan Allah kena jaga, mula daripada sekarang, ye, sekarang. sekarang. sekarang. sampai bila-bila.


Surely, masa dengan homeroom tak tau banyak mana tinggal. sure tak banyak. apa-apa pun 4 tahun dengan kalian memang best, saya tak nak tukar dengan orang lain.

This is what you guys thought me, through good example and direct/indirect teaching:

1) Dzul: 
"cara iron baju dgn cara yg lebih cepat, seni, segala macam subjek, always be cool, real friendship, paling penting you displayed the true meaning of patience like no other"

2) Ilham: Apparently, Ilham tak ajar aku apa-apa. pfft.. :P

3) Zuhair: Kau ajar aku untuk relax and calm. Kau ajar aku untuk sentiasa kemas and teratur. Kau pun a display on patience mcm dzul. :)

4) Abu: Kau ajar aku untuk bersikap terus terang and never back down. Kau ajar aku untuk steadfast walaupun orang lain tak suka. thanx.

5) Faiq: Kau ajar aku untuk bersikap berdikari dan jangan terlalu bergantung dengan orang lain. Kau ajar aku untuk selalu berfikir sebelum bercakap. thanx.

6) Arif: Kau ajar aku untuk ekspres diri aku tanpa segan silu.

7) Faris: thanx sebab kan kau, kesabaran aku memuncak. haha, gurau. kau ajar aku untuk betul2 passionate dengan benda yang aku minat.

8) Imran: Kau ajar aku, diam itu lebih baik daripada berkata jahat. hoho. hiperbola.



Walaupun aku tak tau korang baca ke tak, biarlah aku tulis kat sini supaya aku boleh simpan sampai bila-bila. Kalau korang baca, and korang nak gelak berguling ke, nak rasa aku hiperbola ke, tak kisah. -.-V

Perempuan lain kali la, nanti ada yang nangis. hoho..

Paling penting, korang ajar aku untuk bersabar dengan perangai korang yang macam2 ni dan korang tolong keluarkan diri aku yang sebenar. diri yang aku cari-cari.. :)

Okay, ayat last tu tak sepenuhnya betul. Aku still mencari dan mencari.

I have no idea macamana daripada SPM ke Homeroom. 

Good luck SPM, nanti aku jumpa kalian kat luar negara. kalau tak kat UK, kat Jordan, kat Mesir, kat India, kat Ireland, kat US, kat Russia or mana2 tempat yg offer medic. hehe.

worse comes to worst, aku still kat Malaysia.

p.s. planning nak buat documentary homeroom. hehe.


Wednesday, 10 December 2014

What makes a Dinamik.




What truly makes a Dinamik is not about the achievements, not the scores.

But the members.

Meh sini berkenalan dengan 8 orang ahli Dinamik lelaki yang gila  diverse ni.. hehe..

Ni memang 100% pendapat aku sendiri. 

1. Dzul

- Kalau ada satu perkataan yang boleh describe dzul, perkataan tu ialah cool.
Dzul, daripada 15 orang, rasanya dia lah yang boleh harap sekali. Even muka dia pun paling matang tapi daripada kematangan dia, terselit seribu ketidakmatangan yang menunggu masa untuk keluar.. hihi -.-V peace dzul.. Tergolong dalam 3 lelaki yang paling kreatif dalam homeroom.  minat boxing. :)

2. Ilham

- Antara 15 orang lelaki, Ilham lah yang paling susah nak describe. Jadi, tiada description untuk Ilham. sori. 

3. Zuhair

- Zuhair hensem. fullstop. suara (dan perangai) dia yang sedikit kebudak-budakan tu sedikit banyak menceriakan perjumpaan homeroom dan kelas. Minat bowling, basket, ping pong. boleh kata dia mahir dalam apa sahaja yang dia minat. Cuma orang dia agak pemalu sikit. <-- statement ni x tau betul ke tak. termasuk dalam list 3 orang yang paling merapu/mengarut dalam homeroom sekali dengan Ilham dan Dzul.

4. Abu

- Abu. Muka macam korean tu abu lah. Salah seorang ahli homeroom yang pandai. Jangan main-main dengan kaki dia walaupun dia nampak kecik sebab kaki dia boleh sampai tinggi kepala Ilham. terima kasih kepada latihan taekwondo. Bank of Dinamik. ok, gurau.

5. Arif Aiman

- Tergolong dalam 3 lelaki yang paling kreatif homeroom. Nak cari tempat dia, cari meja yang ada banyak lukisan tu, tu meja dia!.. ^.^ .. memang suka melukis.. Agak pendiam dalam kebanyakan perjumpaan homeroom. Dia banyak kali mengeluarkan idea-idea yang bernas di sebalik pendiam itu. Down to earth.

6. Faris

- Hoho, Faris. 2nd intake maksudnya dia masuk lambat sikit daripada ahli homeroom yang lain. Tingginya mengalahkan zuhair, ilham, dan juga ahli-ahli yang lain. Minat sangat dengan kereta dan kaum kerabat mereka, tanya je apa-apa berkaitan kereta, dia boleh jawab. serious talk. Memang pandai bab pengetahuan am.

7. Faiq

- Satu benda paling menarik pasal Faiq. Laju dia mengalahkan everyone, tapi dia jarang penat. Meaning dia laju and stamina dia tinggi at the same time. Kalau ada athlete dalam Dinamik, ni lah orangnya. Dia paling laju dalam batch, depan sikit je daripada ZUHAIR. ok, bab zuhair tu tipu. salah seorang daripada tiga orang yang paling kreatif dalam homeroom. Independent.

8. Imran

- Imran or Jai, as we like to call him. Dia lah yang paling diam sekali dalam homeroom. Cool and calm. tapi cool and calm dia, dia paling cepat sekali siapkan rubik's cube dalam batch kitorang. Actually, dia antara yang pandai jugak dalam homeroom kitorang, KUMON macam abu. :)


bottom line,

Dinamik lies between the lines of:

Crazy and Mature,

Hardworking and Lazy,

Playful and Serious,

Extroverts and Introverts.

and it all goes back to these 8 people. Perfect just the way they are.

Saturday, 1 February 2014



assalammualaikum..

dah lama tak update blog kann??
hmm hari ni nak cerita pasal keputusan pmr yang baru aje lepas.. alhamdulillah most of our homeroom dpt straight A! Alhamdulillah, rezeki Allah bagi... sebenarnya banyak kenangan pahit dna manisnyer sepanjang 3 tahun kami buat persediaan ops! nope! 3 bulan aje.. dari bulan 6 hingga 8 kami struggle betul beul..

pada mualnya memang cuak dan takut lah jugak nak ambil Peperiksaan Menengah Rendah(PMR).. even pmr ni tak bawa makna apa-apa untuk masa depan tapi bermakna untuk kami.. haidh untuk parents.. diri sendiri setelah bertungkus lumus...

stress.. penat.. busy mcm PM pun ade gakk.. satu maktab letakkan harapan yang tinggi untuk kami semua.. kenangan manisnye semasa PG(program gemilang) insiatif untuk pelajar form 3 sblm menghadapi pmr dapat makan dominos dengan cikgu time pg SEJARAH... bergelak ketawa... tapi.. kebanyakkan nye kenangan pahitlah yang tercipta... itu semua experience.. semua orang pernah menghadapi experience yang sama...
yang tak tahan kene marah dgn cikgu.. sedih tu sedih sebab dpt result teruk masa trial tapi! itu semua pembakar semangat kami untuk terus berjuang!!

MENCIPTA SEJARAH!! slogan kami... yelah last batch PMR kann?? tapi masa result keluar whoaa!!!
hb december 2013
tarikh keramat bagi semua pelajar form 3 semalaysia!!

sepandai-pandai kami tapi ALLAH lebih pandai... sehebat-hebat perancangan kami tapi ALLAH lagi hebat perancangan-Nya... kalau ALLAH kata jadi maka jadilah (yasin) kita tak boleh nak menolak... kita berusaha ALLAH yang menentukan.. tapi ingat!! ALLAH tak tgk hasil tapi usaha kita..

tepat jam 11 pagi kepuusan diumumkan.. tadaaa!!!!
kte org nombor 2 dlm ranking mrsm semalaysia!!!
Alhamdulillah!!!

walaupun bukan 1.00 tapi kami bersyukur...
untuk yang belum berjaya atau mendapatkan keputusan yang terbaik beusaha lagi.. knp saya ckp untuk yang BELUM BERJAYA?? sbb kalau saya kata yang tak berjaya means dia GAGAL!! 
seramai 146 orang drpd 176 orang yang tak dapat 9A tak mengapalah ... berusahalah lagi ye???
graduated!!!

berjaya jugakk!!!!
budak batch biasalaaa....

yang berjaya!!! yeayyy!!!

mcm keling aje kejap garduasi kejap pmr.. papepon pasal kejayaan gak kann??
tetap pada ALLAH....


ape ape pon ukhuwah antara kami takkan pernah putus walaupun result tak semua sama :'(... bukan setakat homeroom tapi dlm satu batch!!

anyway Alquran jangan pernah tinggal.. ikhtilat jaga.. aurat jaga.. solat jaga.. halal haram jaga...

mcm patrick and spongebob .. yeahh!!

Thursday, 16 January 2014

Ikhtilat.

\
Bismillahirrahmaanirrahim.

Ok, sebelum aku sampai kepada point yang sebenar di bawah nanti, baik aku jelaskan apa itu ikhtilat.. 

Ikhtilat. apa sebenarnya maksud ikhtilat ni?? ikhtilat tu couple ke? ikhtilat tu khalwat ke?..

Nope. Ikhtilat tu 'percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa.'. 

"So, sebenarnya apa hukum ikhtilat ni??" "Haram ye??".. *garu kepala yang tak gatal.

Oleh sebab ikhtilat ni tak sama dengan hubungan sesama jantina, yes, asalnya hukum ikhtilat ni HARAM sama sekali namun ulama' mengambil jalan tengah iaitu bersederhana, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak menghalalkan secara mutlak.

Ulama' pun dah gariskan beberapa keadaan yang menjadikan ikhtilat yang asalnya HARAM menjadi sesuatu yang HARUS. antaranya:

1) Darurat --> Menyelamatkan daripada bahaya yang lebih besar seperti kehilangan nyawa, atau maruah.

2)Keperluan(hajat) --> 

- gerak kerja(mesyuarat,perbincangan,program)
- saksi
- jual beli
- amar makruf nahi munkar
- melayan tetamu
- kerja kehakiman
- dalam pembelajaran(kelas)
- dalam kenderaan awam
- percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga

Walaupun ikhtilat ni harus atas beberapa keadaan, tapi tetap ada pantang larang wey! ingat suka-suki je ke??.. :)

Perkara yang dilarang dalam ikhtilat:

1) Pandangan yang berlebihan
2) Bersentuhan sama ada berlapik atau tak.
3)Bercakap lembut/berbunga/bermanja..
4)Khalwat(berdua-duaan). #takenote,
 -khalwat bukan di tempat sunyi je
 -mesti ada mahram atau orang yang memahami hukum Islam dan mampu menegur andai terpesong.
5)Tidak menutup aurat.

Oh ye, ikhtilat pun bersyarat, yang bawah ni ada tiga je sebab syarat yang lain ialah 'dilarang melakukan perkara yang dilarang' so kat atas tu dah sebut dah perkara yang dilarang.

1) niat kerana Allah
2) matlamat = perkara yang memaksa dan keperluan sahaja.
3) mengasingkan tempat = ada pengasingan yang jelas.

Bila ada perkara macam ikhtilat ni, mesti ramai yang akan salah faham. Nak menghalalkan ikhtilat or memang betul2 tak faham, aku tak tau. husnuszhon.

Salah faham tentang ikhtilat:

1) "Jumlah lelaki dan perempuan yang ramai mengubah hukum ikhtilat" Untuk pengetahuan, ni Ikhtilat bukan Khalwat. tak kisah berapa ramai pun, ia dikira sebagai ikhtilat.

Ikhtilat= percampuran antara lelaki dan perempuan tidak kira bilangan
Khalwat= berdua-duaan tanpa mahram

2)" Chatting bukan ikhtilat sebab tak bertemu". FYI, fizikal(jisim) bukan syarat untuk ikhtilat. Ikhtilat boleh berlaku di alam maya. telefon,chatting, email dan segala jenis perhubungan yang membolehkan komunikasi antara lelaki dengan perempuan.. (alam maya lah banyak ikhtilat kan??)

3)"saya tak kenal dia. dia orang india, agama kristian, cakap nak speaking je, jadi, apa yang ikhtilatnya kalau saya cakap dengan dia??" Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang boleh mengabaikan hukum-hakam ikhtilat.

- selalu jadi bila ada istilah kakak angkat, adik angkat dikatakan perhubungan seperti adik-beradik yang tiada nafsu antara mereka. never the less, hukum-hakam ikhtilat tetap dikenakan atas mereka.

actually ikhtilat ni sebenarnya ada dua(ok2, jangan pening, kejap lagi sampai point):

-ikhtilat dengan orang yang faham agama/fikrah Islam.
-ikhtilat dengan orang yang tak berapa nak faham agama/fikrah Islam.

untuk yang second tu, bila kita berurusan dengan orang yang kurang faham Islam, maka ikhtilat boleh dilonggarkan sedikit, maksudnya tak shadid sangat. untuk yang first tu, hal ikhtilat kena jaga elok2.

“Berprinsip boleh, tetapi jangan jumud (ketinggalan). Terbuka boleh, tetapi jangan hanyut.”


Enough with the introduction so, point aku ialah bila kita buat perjumpaan homeroom, PLEASE jaga ikhtilat, apa yang tidak perlu kita buang, apa yang baik kita ambik. aku yakin dan percaya, kita semua orang yang faham fikrah Islam. lebih2 lagi kita yang menghafal Al-Quran. Malu dengan orang non-muslim yang pandang, malu dengan orang yang kurang faham fikrah Islam, malu dengan Allah lebih2 lagi..

Imej Islam di tangan korang. Korang nak hancurkan, terpulang. Korang nak martabatkan, tu yang sebaiknya.

Aku hanya sebagai pemberi peringatan. Peringatan yang lebih ditujukan untuk aku berbanding korang.. 

Selamat beramal.. :) 

ikhtilat

this blog is fully managed by DINAMIK DYNATION 11/13 MEMBERS :D