Thursday, 16 January 2014

Ikhtilat.

\
Bismillahirrahmaanirrahim.

Ok, sebelum aku sampai kepada point yang sebenar di bawah nanti, baik aku jelaskan apa itu ikhtilat.. 

Ikhtilat. apa sebenarnya maksud ikhtilat ni?? ikhtilat tu couple ke? ikhtilat tu khalwat ke?..

Nope. Ikhtilat tu 'percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa.'. 

"So, sebenarnya apa hukum ikhtilat ni??" "Haram ye??".. *garu kepala yang tak gatal.

Oleh sebab ikhtilat ni tak sama dengan hubungan sesama jantina, yes, asalnya hukum ikhtilat ni HARAM sama sekali namun ulama' mengambil jalan tengah iaitu bersederhana, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak menghalalkan secara mutlak.

Ulama' pun dah gariskan beberapa keadaan yang menjadikan ikhtilat yang asalnya HARAM menjadi sesuatu yang HARUS. antaranya:

1) Darurat --> Menyelamatkan daripada bahaya yang lebih besar seperti kehilangan nyawa, atau maruah.

2)Keperluan(hajat) --> 

- gerak kerja(mesyuarat,perbincangan,program)
- saksi
- jual beli
- amar makruf nahi munkar
- melayan tetamu
- kerja kehakiman
- dalam pembelajaran(kelas)
- dalam kenderaan awam
- percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga

Walaupun ikhtilat ni harus atas beberapa keadaan, tapi tetap ada pantang larang wey! ingat suka-suki je ke??.. :)

Perkara yang dilarang dalam ikhtilat:

1) Pandangan yang berlebihan
2) Bersentuhan sama ada berlapik atau tak.
3)Bercakap lembut/berbunga/bermanja..
4)Khalwat(berdua-duaan). #takenote,
 -khalwat bukan di tempat sunyi je
 -mesti ada mahram atau orang yang memahami hukum Islam dan mampu menegur andai terpesong.
5)Tidak menutup aurat.

Oh ye, ikhtilat pun bersyarat, yang bawah ni ada tiga je sebab syarat yang lain ialah 'dilarang melakukan perkara yang dilarang' so kat atas tu dah sebut dah perkara yang dilarang.

1) niat kerana Allah
2) matlamat = perkara yang memaksa dan keperluan sahaja.
3) mengasingkan tempat = ada pengasingan yang jelas.

Bila ada perkara macam ikhtilat ni, mesti ramai yang akan salah faham. Nak menghalalkan ikhtilat or memang betul2 tak faham, aku tak tau. husnuszhon.

Salah faham tentang ikhtilat:

1) "Jumlah lelaki dan perempuan yang ramai mengubah hukum ikhtilat" Untuk pengetahuan, ni Ikhtilat bukan Khalwat. tak kisah berapa ramai pun, ia dikira sebagai ikhtilat.

Ikhtilat= percampuran antara lelaki dan perempuan tidak kira bilangan
Khalwat= berdua-duaan tanpa mahram

2)" Chatting bukan ikhtilat sebab tak bertemu". FYI, fizikal(jisim) bukan syarat untuk ikhtilat. Ikhtilat boleh berlaku di alam maya. telefon,chatting, email dan segala jenis perhubungan yang membolehkan komunikasi antara lelaki dengan perempuan.. (alam maya lah banyak ikhtilat kan??)

3)"saya tak kenal dia. dia orang india, agama kristian, cakap nak speaking je, jadi, apa yang ikhtilatnya kalau saya cakap dengan dia??" Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang boleh mengabaikan hukum-hakam ikhtilat.

- selalu jadi bila ada istilah kakak angkat, adik angkat dikatakan perhubungan seperti adik-beradik yang tiada nafsu antara mereka. never the less, hukum-hakam ikhtilat tetap dikenakan atas mereka.

actually ikhtilat ni sebenarnya ada dua(ok2, jangan pening, kejap lagi sampai point):

-ikhtilat dengan orang yang faham agama/fikrah Islam.
-ikhtilat dengan orang yang tak berapa nak faham agama/fikrah Islam.

untuk yang second tu, bila kita berurusan dengan orang yang kurang faham Islam, maka ikhtilat boleh dilonggarkan sedikit, maksudnya tak shadid sangat. untuk yang first tu, hal ikhtilat kena jaga elok2.

“Berprinsip boleh, tetapi jangan jumud (ketinggalan). Terbuka boleh, tetapi jangan hanyut.”


Enough with the introduction so, point aku ialah bila kita buat perjumpaan homeroom, PLEASE jaga ikhtilat, apa yang tidak perlu kita buang, apa yang baik kita ambik. aku yakin dan percaya, kita semua orang yang faham fikrah Islam. lebih2 lagi kita yang menghafal Al-Quran. Malu dengan orang non-muslim yang pandang, malu dengan orang yang kurang faham fikrah Islam, malu dengan Allah lebih2 lagi..

Imej Islam di tangan korang. Korang nak hancurkan, terpulang. Korang nak martabatkan, tu yang sebaiknya.

Aku hanya sebagai pemberi peringatan. Peringatan yang lebih ditujukan untuk aku berbanding korang.. 

Selamat beramal.. :) 

ikhtilat

this blog is fully managed by DINAMIK DYNATION 11/13 MEMBERS :D