Thursday, 30 April 2015

Leaders.

aku pemimpin pelajar. 

hamboih bangga nya..

tak, benda ni bukan untuk dibanggakan, benda ni datang dengan satu harga yang mahal.

harga dia= [masa, tenaga, duit, pelajaran , pengorbanan, kesakitan, cacian, kritikan, peluh, darah(ok, ni gelabah)]

jadi pemimpin pelajar memang susah. takde orang cakap senang.
tapi, aku tak menyesal jadi pemimpin pelajar sebab beribu benda aku belajar walaupun jadi pemimpin tak sampai setahun.(ni pun dah cukup beban) -.- ..

jadi, di sini aku nak selitkan 6 benda yang aku belajar sebagai seorang pemimpin pelajar. ada je banyak lagi, tapi cukup lah setakat yang ni dulu.

Benda ni semua boleh amal, sebab semua orang pemimpin secara hakikatnya. :)

1) Pemimpin, tolong tunjuk contoh:

- serius, pemimpin kena buat apa yang dia cakap. orang lebih ikut apa yang kita buat daripada apa yang kita cakap dan orang takkan dengar kita cakap kalau kita tak tunjuk contoh yang baik. sebagaimana Rasulullah yang menunggu seminggu untuk menegur seorang kanak-kanak kerana ingin mengamalkan dahulu perkara tersebut. :) contoh mudah, tegur orang jangan pakai selipar pergi prep, tapi dia sendiri tengah pakai selipar. apakah?

2) Pemimpin, tolong jaga hubungan dengan Allah:

- Serius, jaga hubungan dengan Allah. sebab apa? sebab ada benda yang kita tak boleh kawal, contohnya hati manusia. Jadi, siapa yang kita nak mintak tolong untuk kawal? Malahan, badan kita sendiri kita tak mampu kawal.

-Berdiri tegak, tulis no. 6 guna tangan kanan, jangan stop. angkat kaki kanan, pusing kan arah jam. sekarang buat dua2 serentak. boleh? that's why.

Jaga hubungan ni bukan sebab kita nak sesuatu je tapi sebab Allah dah bagi kita macam-macam yang sepatutnya kita syukuri. Kalau kita bukan pemimpin pun kita kena jaga hubungan dengan Allah, pemimpin pelajar lebih-lebih lagi. Bila hubungan dengan Allah tip top, insya Allah dengan manusia takde hal. :)

3) Pemimpin, tolong berlapang dada:

- Akan datang satu masa bila kita buat silap ataupun pendapat kita bercanggah dengan orang lain dan pendapat kita salah. Masa tu ialah ujian untuk tengok tahap EGO kita. Sejauh mana kita mampu mengaku kesalahan,meminta maaf dan membaiki kesalahan kita sendiri. Ataupun kita hanya berdiam diri dan berlagak kerana kita seorang pemimpin pelajar, takut imej/maruah tercalar?

- Pemimpin yang mengaku salah lebih dihormati,disegani daripada pemimpin yang ego. rileks lah, semua orang buat salah.

4) Pemimpin, tolong minta nasihat orang lain:

Kita tak tau semua benda, jangan bodoh sombong. Minta nasihat daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. Kemungkinan, orang lain punya idea lagi hebat dan bagus.. Minta pandangan bukan bererti bodoh, tapi dia cukup pandai untuk mengaku yang dia tak tau dan dia NAK tau.. :)

5) Pemimpin, tolong jaga masa.

'Masa itu emas','Masa itu pedang'.. Cliche? Ok, kita dah takde masa! kenapa bazir masa!? Susun lah masa tu. Utamakan yang utama.. Sesekali berehat dan berhibur takpe untuk mengelakkan hati menjadi buta, tapi kalau dah setiap masa berehat bila masanya bekerja? =.='... manfaatkan setiap masa free sebab nanti masa yang kita nak guna lah akan diambil. ada je benda yang kacau.. ;).. (pemimpin bolh relate sendiri)

6) Pemimpin, tolong buat amar ma'ruf nahi munkar

Tegur lah sesama rakan-rakan pemimpin pelajar, sebab kita tak tau bila orang memerlukan peringatan/tazkirah. sebenarnya dia hauskan peringatan dan tolong tegur kawan-kawan yang buat salah. Tegur je dulu, respect tu akan datang kemudian. tegur, tegur dan tegur.. lama2, dia akan dengar. percayalah. sabar sikit je. :)

Sekian.

p.s. antara pemimpin dalam homeroom ni Zuhair, Abu, Aqielah, Afiqah, Rabiatul, Dzul, Ilham, Farhana. Boleh mintak nasihat mereka.

2 BWP, 1 LDP, 3 Biro, 1 PUM, 1 PRS..


this blog is fully managed by DINAMIK DYNATION 11/13 MEMBERS :D